Daging

Resepi Sate Daging

resepi-sate-daging

Resepi Sate Daging

Bahan-Bahan:
  • 1kg daging |dihiris kecil
  • Lidi penyucuk sate
Bahan Perap:
  • 10 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 5 sudu makan gula melaka
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 4sm halia
  • 4sm lengkuas
  • 2 batang serai
  • Garam secukupnya
Bahan Kuah Kacang :
  • 250gm kacang tanah |digoreng tanpa minyak, buang kulit dan ditumbuk kasar
  • 4 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 5 batang serai | dikisar
  • 2sm lengkuas | dikisar
  • 2 sudu makan udang kering | dikisar
  • 2 sudu makan cili kisar | dikisar
  • 3 biji buah keras
  • 125ml air asam jawa
  • 1 senduk gula merah
  • Sedikit gula pasir
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

 

Cara Memasak :

1. Kisarkan kesemua bahan perap dan gaulkan bersama daging.

2. Biarkan diperap sekurang-kurangnya 2 jam dan bakar hingga masak.

3. Untuk kuahnya, panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar hingga naik baunya.

4. Kemudian masukkan kacang tanah dan biarkan masak seketika.

5. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Bakar Berempah

6. Apabila kuahnya menjadi pekat, angkat dan hidangkan bersama sate.

satay daging