Kek

Resepi Cupcake Coklat Bersama Badam

resepi-cupcake-coklat-bersama-badam

Resepi Cupcake Coklat Bersama Badam

Bahan-bahan:

  • 250gm mentega
  • 200gm gula halus
  • 5 biji telur
  • 225gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh coklat emulco
  • 80ml susu cair
  • 150gm coklat masakan – cincang halus
  • 80gm serbuk badam
  • Badam cincang untuk hiasan

Cara Membuat:

1. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan.

2. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan berkrim. Masukkan telur satu persatu, putar hingga rata. Masukkan coklat emulco, serbuk badam dan coklat cincang. Putar hingga rata.

3. Perlahankan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu cair. Putar hingga bergaul rata.

4. Masukkan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh, tabur badam cincang di atasnya. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu selama 25 – 30 minit pada suhu 160C bergantung pada saiz.

Cupcake-Coklat-Badam