Kuih Muih

Resepi Kuih Belebak Ubi Stelo

resepi-kuih-belebak-ubi-stelo

Resepi Kuih Belebak Ubi Stelo

Ada yang pernah makan dan suka ker?. Kuih ni sedap dia tak boleh bawak bincang.

Bahan-Bahan:

  • Keledek setengah kg, dikupas dan potong dadu. Kemudian rebus sehingga empuk dengan sehelai daun pandan dan sedikit garam. Bila dah masak, toskan dan ketepikan dulu.
  • 2 cawan Tepung beras
  • 4 cawan Santan pekat
  • 1 cawan Gula (suka manis tambah lagi)
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan simpul
  • Daun pisang secukupnya

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan diatas ke dalam satu bekas kecuali daun pandan dan daun pisang. Kacau sehingga gula larut.

2. Kemudian, masukkan ke dalam kuali atau periuk bahan-bahan yang telah dicampurkan tadi bersama daun pandan. Kacau bahan di atas api perlahan sehingga jadi pekat dan likat.

3. Seterusnya, masukkan ubi yang telah direbus tadi dan kacau lagi sampai masak tepung tu. Tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Setelah sejuk, bungkus dalam daun pisang dan kukus selama 10 minit. Dah siap dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba.

Resepi Kuih Belebak Ubi Stelo

Resepi Oleh: Emi Sabrina