Sambal & Pencicah

Resepi Sambal Telur Negeri Sembilan

resepi-sambal-telur-negeri-sembilan

Resepi Sambal Telur Negeri Sembilan

Bahan-Bahan:

– Telur rebus dulu jangan lama-lama sangat rebus, nanti telurnya keras
– Cili kering dalam segenggam lebih, ni tak pedas sangat, budak-budak pun leh makan. Tapi bergantung jugak jenis cili yang diguna
– Bawang besar 3 biji, sambal tumis sedap bawang lebih
– Bawang putih 5 ulas
– Belacan lebih kurang besar setengah sudu makan tu, akak paling suka guna belacan kampung, gambar beca jenama Adad
– Asam keping atau air asam jawa pekat
– Gula ni wajib, nak guna gula merah boleh kalo memang ada kat rumah, kalo tak de boleh je guna gula pasir. Akak ni pun guna gula pasir je, yang penting tumisan kita tu kena betul-betul garing.
– Garam dan perisa macam biasa

Cara Masak:

1. Telur yang siap rebus tu, kopek cantik-catik. Cara nak dapat kulit telur cantik tak melekat, kopek bawah air paip mengalir. In shaa Allah, tak lekat.

2. Dah siap kopek, panaskan minyak untuk goreng telur tu kejap. Minyak kena betul-betul panas, masuk telur tu sekejap je 1-2 min bila warna dah perang terus angkat.

3. Kalo minyak tak panas betul, telur akan serap minyak tu nanti. Tujuan goreng telur tu untuk sambal nanti cantik bersalut kat telur dan sambal telur pun tak mudah basi.

4. Ok, dah siap goreng semua ketepikan dulu. Sediakan blender, blend cili kering, bawang putih, belacan dan sebiji bawang besar. Yang lagi dua biji tu hiris-hiris je ye, tak yah masuk blender. Air jangan banyak-banyak, cili kering dah lembut pun.

5. Siap blend, panaskan minyak untuk menumis sambal. Minyak goreng telur tadi cedok je, minyak kena lebih, ni penting untuk lada betul-betul garing dan tak mudah hangus. Takpe, nanti minyak yang timbul boleh keluarkan balik.

6. Tumis dulu bawang hiris tu, bila dah layu je bawang tu terus masuk bahan blender. Goreng sampai lada garing, api sederhana, tutup lah kuali tu, kalo tak habis mercik kena muka nanti.

7. Godak-godak selalu sampai lada tu jadi merah merun garing. Bila dah garing masukkan asam keping atau air asam tadi. Kemudian gula, kuantiti ikut selera masing-masing. Kalo akak memang manis sikit sambalnya.

8. Kacau sampai gula tu melting atau cair dalam sambal tu. Nanti warna akan bertukar terus jadi kegelapan, bukan gelap sebab hangus ye.

9. Time ni minyak akan timbul semua, jadi kalo nampak macam terover banyak, guna senduk kluarkan, minyak tu boleh guna balik untuk goreng nasi ke, tumis-tumis sayur ke.

10. Tambah garam dan perisa secukupnya, bila sambal dah cukup sedap, masukkan telur. Gaul ratakan sambal dengan telur, biarkan 2-3 minit, siap dah! boleh hidangkan. Cara ni boleh je nak buat sambal ikan, sambal udang, sotong, atau sambal ikan bilis untuk nasi lemak, sama je caranya.

Resepi Sambal Telur Negeri Sembilan

Resepi Oleh: Nor Haidah Md Said