Ayam

Resepi Ayam Bersos Lemon

resepi-ayam-bersos-lemon

Resepi Ayam Bersos Lemon

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam – dibersihkan dan dipotong saiz sederhana
1 biji telur gred A
sedikit lada sulah
3 sudu besar tepung jagung
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1 sudu besar minyak masak
parutan buah lemon

Bahan Sos  –

3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 biji lemon – diperah ambil airnya
1 sudu besar pati jus lemon
3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/4 cawan air

Cara Memasak:

1. Pukul telur hingga kembang. Masukkan lada sulah.

2. Gaulkan ayam bersama telur tadi dan perapkan selama 10 minit.

3. Kemudian,salutkan ayam dengan tepung jagung. Balik balikkan ayam supaya tepung jagung meliputi seluruh bahagian ayam.

4. Goreng ayam hingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan toskan.

5. Masukkan semua bahan untuk sos di dalam bekas. Kacau. Ketepikan.

6. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga kekuningan.

7. Masukkan bahan sos, sedikit air, hirisan lemon dan garam gula secukup rasa. Masukkan ayam dan gaul rata.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Chicken Cheese Ball

8. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

ayam-sos-lemon