Resepi Roti Boy Perisa Green Tea
Alhamdulillah sekelip mata licin, Lembut wangi bau green tea. Sis terpaksa buat guna green tea sebab daddy depa tak boleh minum kopi. Sedap merecik!
Bahan Untuk Filling:
- 50gm mentega
- 50gm gula perang (brown sugar)
- 1/2 sudu kecil esen vanila
Bahan Untuk Topping:
- 50gm mentega
- 50gm tepung gandum
- 40 gula aising
- 3 sudu besar air green tea (green tea rendam)
- 1 sudu kecil green tea (kisar kemudian sukat 1 sudu kecil)
- 1 biji telur (dikocok)
Bahan Untuk Doh Roti:
- 250gm tepung high protein (tepung roti) **
- 35gm gula kastor **
- 1 1/2 sudu kecil yis kering **
- 1 sudu kecil bread improver**
- 1 sudu kecil bread softener **
- 150ml susu cair sejuk dari peti sejuk
- 30gm mentega
- 1/8 sudu garam halus **
Cara-caranya:
Untuk Filling –
1. Satukan bahan mixer hingga sebati, alihkan ke dalam mangkuk, wrapkan dan simpan dalam peti ais supaya mudah untuk masukkan inti ke dalam doh nanti.
Untuk Topping –
2. Satukan mentega dan gula aising pukul hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan air green tea sedikit-sedikit, pukul sebati.
3. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan pukul hingga rata serta masukkan juga daun teh yang dikisar halus bersama, sebatikan. Ambil piping bag masukkan topping, kemudian simpan di dalam peti ais sebelum digunakan.
Untuk Doh Roti:
4. Dalam bekas yang selesa, masukkan semua bahan bertanda dan kacau rata. Masukkan sedikit-sedikit susu cair hingga habis sambil menguli guna tangan. Uli selama 15 minit dapat doh yang sempurna.
5. Akhir sekali letak mentega, uli lagi 5 minit atau dapat doh yang lembut dan licin. Bahagikan doh kepada 50gm dan bulatkan, letak atas dulang yang dilapik dengan baking papaer, rehatkan doh 15 minit tutup dengan kain.
5. Selepas direhatkan, ambil doh masukkan filling yang disimpan dalam peti ais tadi. Buat hingga doh habis dimasukkan inti/filling dan pastikan inti tak terkeluar.
6. Rehatkan lagi sekali tutup dengan kain selama 45 minit supaya kembang lebih besar dari saiz asal. Selepas 45 minit, boleh paipkan topping di atas doh cara membulat.
7. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu, bakar 20 minit suhu 160 atau bakar hingga masak ikut oven masing-masing.

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish