Ikan, Makanan Laut, Sambal & Pencicah

Resepi Sambal Ikan Bawal Balado

resepi-sambal-ikan-bawal-balado

Resepi Sambal Ikan Bawal Balado

Bismillahirrahmanirrahim. 10 hari tak makan pedas, rindu nak makan sambal. Jumlah cili tu korang sesuaikan selera masing-masing.

Hakak masih tak boleh makan pedas sangat, hakak buat pedas-pedas manja je! Ikan boleh guna apa-apa jenis ikan.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan bawal
  • 1 sudu teh penuh serbuk kunyit
  • sedikit garam

Bahan Sambal:

  • 1 bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 cili merah besar
  • 7 cili padi merah, pedas ikut suka
  • 1 daun limau purut
  • gula
  • garam/seasoning

Cara Masak:

1. Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng sehingga garing, angkat dan ketepikan.

2. Kisar cili, bawang putih dan bawang merah. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga wangi.

3. Masukkan daun limau, masak lagi hingga pecah minyak. Masukkan bahan perasa (gula, garam, seasoning).

4. Kacau rata dan masukkan ikan goreng tadi. Kacau perlahan. Siap untuk dihidangkan!.

Resepi Sambal Ikan Bawal Balado

Resepi Oleh: Kuali Helena