Resepi Char Maggi Goreng
Bahan-Bahan:
- 6 ke 8 ekor udang (asingkan kepala. Simpan kepala udang).
- 2 ekor sotong
- 1 cawan isi kerang
- 2 biji telur
- kicap lemak manis secukup rasa
- 2 sudu sos tiram
- sos ikan secukup rasa
- 2 sudu kicap pekat
- air secukupnya
- 2 bungkus Maggi Kari
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 5 ke 6 tangkai lada kering (basuh bersih. Rendam dengan air panas sampai lembut. Toskan)
- sedikit minyak untuk menumis
- 1 cawan taugeh kasar
- 1 cawan daun kucai
Cara Buat:
1. Mula-mula kita buat sos dia. Rebus kepala udang dengan secawan air. Kalau nak char maggi berkuah, tambah secawan lagi. Bila dah mendidih, tutup api. Blend sampai hancur. Tapiskan.
2. Dalam air udang tadi, tambah 1/2 paket perencah Maggi Kari, kicap lemak manis, sos tiram, sos ikan dan kicap pekat. Kacau rata. Boleh adjust rasa ikut citarasa masing masing.
3. Tips tak nak maggi goreng lembik, menyek dan hancur. Hanya celurkan mee maggi dengan air panas. Bila dah boleh leraikan mee dan tekstur separuh lembut, terus toskan air. Insyallah maggi goreng akan jadi cantik je.
4. Blend bawang besar, bawang putih dan lada kering dengan sedikit air sampai lumat. Panaskan minyak. Tumis bahan blend sampai garing dan pecah minyak.
5. Masukkan sos tadi. Kacau rata. Biar mendidih. TTambah udang, sotong dan isi kerang. Letakkan telur. Kacau sampai rata.
6. Masukkan mee maggi dan kacau. Tambah kucai dan taugeh kasar. Tutup api. Kacau sampai semua sebati. Siap. Hidangkan dengan telur mata dan jeruk lada hijau.
Siap! Resepi mudah Resepi Char Maggi Goreng. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo