Sayur

Resepi Tauhu Goreng Telur Masin

resepi-tauhu-goreng-telur-masin

Resepi Tauhu Goreng Telur Masin

Bahan-Bahan:

5 ketul tauhu dipotong berbentuk kiub
2 sudu besar tepung ubi
2 biji putih telur ayam
3 biji kuning telur masin
Cebisan roti
Minyak
Daun bawang

Cara Memasak:

1. Salut tauhu dengan telur ayam, tepung ubi dan serbuk roti.

2. Panaskan minyak. Goreng tauhu tersebut sehingga kekuningan dan toskan minyak.

3. Kemudian, lenyekkan kuning telur masin dengan sedikit minyak sayur.

4. Panaskan kuali semula. Masukkan kuning telur masin dan daun bawang.

5. Akhir sekali, masukkan tauhu yang telah ditos tadi dan gaulkan sehingga rata. Hidangkan.