Resepi Sambal Geprek Paling Enak

Resepi Sambal Geprek Paling Enak

Haritu saya ada share resepi sambal penyet kan. Harini saya nak share pula resepi sambal geprek. Ayam geprek ni berbeza dengan ayam penyet, dan berbeza juga dengan ayam gepuk. Sebab ayam geprek mesti digoreng dengan ayam celup tepung yang takde tulang (boneless/fillet). Ayam celup tepung ni saya tak buat sendiri. Beli yang frozen je kat tesco. Sebab nak cepat.

Sambal juga berbeza. Kalau sambal penyet, kena masak dua kali atas api. Sambal geprek tak perlu masak, sama macam sambal gepuk. Hanya letak minyak panas. Cuma sambal gepuk tak perlu digaul dengan ayam, dan sambal geprek pula memang kena gaul rata dengan ayam.

Resepi ni sedikit berbeza, tapi memang paling sedap di tekak saya. Macam biasa, saya godek-godek dan ambil dari blog orang indonesia. Katanya, resepi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta.

Bahan-Bahan:

  • Cili padi
  • Cili besar (dicincang kasar)
  • Bawang putih
  • Kacang gajus
  • Minyak panas bekas goreng ayam

Cara-caranya:

1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung cobek yang suami beli dari Jogjakarta. Lumatkan lah semua bahan tu guna lesung. Masukkan cili besar.

2. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takdelah mentah sangat. Perut pun selamat. Gittew. Gaul rata.

3. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng. Geprek-kan ayam tersebut bersama dengan sambal. Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi putih. Fuhh. Memang bertambah ni. Selamat mencuba semua.

Nota: Geprek bermaksud lenyek atau tumbuk dengan perlahan sehingga nipis.

Resepi Sambal Geprek Paling Enak

Resepi Oleh: Juwita Afifah