Kek

Resepi Kek Chocolate Cheese Lava

resepi-kek-chocolate-cheese-lava

Resepi Kek Chocolate Cheese Lava

Bahan Kek Coklat:

Bahan A –

  • 3 biji telur Gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2sudu makan ovalatte
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh coklat emulco
  • 1/2 sudu teh mocha emulco

+ Mix bahan A hingga kembang

Bahan B –

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/8 garam halus
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat*

+ Diayak, ketepikan

Bahan C –

  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak

Bahan D –

  • 1/4 cawan air panas

Cara Buat:

1. Bila bahan A tadi dah kembang elok masukkan bahan C. Kacau sebati. Masukkan bahan B berselang seli dengan bahan D hingga sebati.

2. Bila air dalam kukusan dah menggelegak kukus selama 10-15 minit untuk bekas SQ450. Sejukkan kek.

Bahan Untuk Cream Cheese Layer:

  • 250g cream cheese
  • 200g UHT Whipping Cream
  • 125g susu pekat
  • 1/2 cawan (125g) susu full cream

+ Blend/mix semua bahan hingga sebati

Bahan Untuk Coklat Ganache Melting Layer:

  • 250g Dark Coklat Compound Beryl’s
  • 250g UHT Whipping Cream
  • 1/2 sudu makan golden syrup (optional)
  • 1 1/2 sudu makan mentega/majerin

Cara Buat:

1. Panaskan dan whisk semua bahan hingga semua cair.

2. Cucuk sedikit kek guna garfu kemudian tuang atas kek coklat dengan adunan cream cheese. Sementara tunggu ganache likat simpan dulu kek dakam peti sejuk.

3. Bila ganache dah sejuk dan dah likat kek tuangkan ganache atas kek tadi. Boleh makan dah, sedap sangat.

Resepi Kek Chocolate Cheese Lava

Resepi Oleh: Ika Zul