Nasi

Resepi Nasi Mediterranean Bersama Tomato Salsa

resepi-nasi-mediterranean-bersama-tomato-salsa

Resepi Nasi Mediterranean Bersama Tomato Salsa

Cara Buat Nasi Mediterranean (4 Hidangan)

Bahan Ayam:

  • 1/2 ekor ayam potong 2
  • 1 sdk serbuk five spice
  • 1 sdk serbuk kunyit
  • 1 sdk serbuk paprika
  • 1 sdk serbuk lada hitam
  • 1 sdk dried oregano
  • 1 sdk garam
  • 1 sdm jus lemon

+ Perap ayam dengan bahan-bahan di atas selama 1 jam atau semalaman

Bahan Nasi:

  • 3 pot beras basmati, cuci dan rendam 20 minit dan tuskan
  • 3 pot air (begantung pada jenis beras)
  • 1/2 cwn susu segar
  • 1 sdm jus lemon
  • 1 sdk serbuk five spice*
  • 1 sdk serbuk kunyit*
  • 1 sdk serbuk jintan putih*

+ Bahan bertanda (*) dibancuh sedikit air menjadi pes rempah

  • 2 sdm butter
  • 2 sdm minyak jagung/olive
  • 1 tsp garam n 1/2 kiub ayam
  • Daun parsley/ketumbar, kacang gajus sauté dan hirisan lemon sauté sebagai hiasan

Bahan Tumis:

  • 1/2 biji bawang holland didadu
  • 3 ulas garlic didadu
  • 1 kayu manis
  • 3 bj buah pelaga
  • 2 helai daun bay/1 helai pandan

Cara Memasak:

1. Di dalam periuk non stick panaskan 2 sudu makan minyak jagung atau olive dan goreng ayam supaya ayam tak nampak pucat. Bila kulit ayam dah nampak golden brown, angkat dan ketepikan. Ayam akan dimasak di dalam periuk nasi pula.

2. Di dalam periuk yang sama dengan baki minyak tadi, masukkan butter dan tumis bahan tumisan hingga bawang layu. Masukkan pula pes rempah dan kacau hingga pecah minyak.

3. Masukkan air, susu, jus lemon, garam serta kiub ayam dan biarkan hingga mendidih. Pindahkn ke dalam periuk rice cooker. Masukkan beras, susun ayam dipermukaan kemudian masak nasi seperti biasa.

4. Bila nasi dah masak angkat ayam dan gemburkan dengan sudu garfu. Hias nasi dengan bahan hiasan. Hidangkan bersama air asam dan gulai kegemaran. Perahkan lemon sauté, serta hiasan atas nasi masa nak makan nanti.

Bahan Tomato Salsa:

  • 2 bj tomato potong dadu
  • 1/2 bj timun buang biji potong dadu
  • 1/2 bj bwg besar potong dadu
  • 1 sdm hirisan daun parsley/ketumbar
  • 2 sdm jus lemon
  • 1/2 sdk garam
  • 1/2 sdk gula

Cara Buat: Campur semua bahan di atas dan balancekan rasa

Bahan Air Asam:

  • 2 bj cili masak
  • 15bj cili padi
  • 1 bj bwg kecil
  • Sedikit belacan
  • 1/2 cwn jus asam jawa
  • 1/2 bj jus limau nipis
  • Sedikit garam dan gula

Cara Buat: Tumbuk/kisar cili masak, cili padi, bawang dan belacan. Campur bahan tumbuk bersama jus asam jawa dan perasakan dengan garam, gula dan jus limau.

Siap resepi nasi ayam mediterranean bersama dengan salad tomato salsa serta air asam. Selamat mencuba.

Resepi Nasi Mediterranean Bersama Tomato Salsa

Resepi Oleh: Kak Roy