Roti, Snek

Resepi Roti Sosej Roll Mudah

resepi-roti-sosej-roll-mudah

Resepi Roti Sosej Roll Mudah

Bahan-Bahan:

roti sandwich > roti gardenia
Sosej/hot dog > bagus guna ayamas sebab tak kecut bila masak
slices cheese
telur dipukul
bread crumb/serbuk roti
cili sos/mayonis

Cara Membuat:

1. Rebuskan hotdog sampai masak, sejukkan kejap.

2. Ambil roti sandwich, letakkan cheese di atas roti & hot dog di atas cheese dan gulung ketat.

3. Celupkan dalam telur kemudian salutkan dengan bread crumb, pastikan gulungan tak terbuka.

4. Goreng dalam minyak sampai garing, toskan bila dah masak.

5. Boleh cicah dengan sos cili, sos tomato atau mayonis.