
Resepi Kerabu Megi Thai
Bahan-Bahan:
3 Plastik maggi siam perisa tomyam
10 batang crabstik
Carrot dihiris nipis dlm 1 biji
Sedikit kubis dihiris nipis ala2 kerabu
1 biji bawang besar
Sedikit daun sup dan daun bawang
10 biji cili padi hijau ataupun merah
Cara Membuat:
1. Panaskan air dalam periuk untuk merebus maggi. Masukkan 1 serbuk perasa ke dalam air rebusan.
2. Rebuskan maggi dan crabstik dengan air rebusan tersebut dan toskan.
3. Setelah siap masukkan ke dalam bekas dan campurkan ke semua bahan tersebut bersama dengan hirisan sayuran tadi. Crabstik pun dihiris-hiris juga selepas di rebus.
4. Ambil pula serbuk perasa dari 2 plastik yang tadi dan letakkan ke dalam bekas yang berasingan.
5. Air rebusan tadi jgn terus dibuang. Sebaliknya, campurkan ke dalam mangkuk yang berisi serbuk perasa tadi dalam 7 sudu besar. Kalau rasa nak berkuah sikit boleh lebihkan.
6. Campurkan terus ke dalam mangkuk tadi dan gaul hingga sebati. Tak perlu tambah apa-apa perasa sebab isinya dan cukup serasi dan sesuai.
7. Kalau nak tambah asam limau pun boleh, tetapi letak sedikit sahaja sebab dah masam. Bolehlah dihidangkan.