Roti, Snek

Resepi Roti Popia Arab

resepi-roti-popia-arab

Resepi Roti Popia Arab

Bahan-Bahan:

Kulit –

5 keping kulit popia
5 keping roti sandwich (jenama apa pun boleh)
Sedikit tepung gandum
Air

Inti –

1 tin kecil sardin
4 ulas bawang merah dimayang
1 biji cili merah
1/4 biji limau nipis
Garam
Minyak untuk menumis

Cara Membuat:

1. Tumis bawang merah sehingga wangi.

2. Masukkan sardin yang telah dilecek. Kemudian masukkan sedikit sos sardin supaya tumisan tidak terlalu kering.

3. Masukkan cili merah, sedikit garam dan perah limau nipis. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.

4. Sapukan inti sardin di atas roti kemudian gulung roti tersebut.

5. Gulung roti bersama dengan kulit popia. Gamkan kulit popia dengan menggunakan bancuhan tepung dan air.

6. Goreng hingga garing dan siap untuk dihidangkan.

Roti Popia Arab