Masakan Barat, Sayur

Resepi Pizza Sayuran

resepi-pizza-sayuran

Resepi Pizza Sayuran

Bahan-Bahan ( 2 biji ):

*200g tepung roti
*1/2 sudu besar gula
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar minyak zaitun
130ml air

Topping –

Bawang besar
Bawang putih
Tomato puri
Tomato
Cendawan – shitake, butang
Lada benggala
Lada merah
Keju: mozarella, parmesan, cheddar
Mixed spices ( pilihan dan boleh cari di pasaraya )

Cara Memasak:

1. Masukkan semua bahan yang bertanda (*) ke dalam mangkuk. Kacau biar bergaul rata.

2. Masukkan pula minyak zaitun dan air. Kacau sehingga tak nampak debu-debu putih. Rehatkan 5-10 minit. Kemudian uli dengan tangan sehingga licin.

3. Buat bentuk bulat. Wrap dengan plastik wrap. Biarkan 30 minit.

4. Bahagikan doh kepada 2. Buat bentuk bulat. Kemudian canaikan senipis yang disukai. Lepas tu bolehlah tarik-tarik/ kebar2 biar jadi lebih nipis. Lagi nipis, lagi crispy.

5. Panaskan oven sehingga 200C. Kemudian letaklah topping pada pizza. Bakar selama 10-15 minit.

Pizza Sayuran