Snek

Resepi Muffin Keju

resepi-muffin-keju

Resepi Muffin Keju

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
Bahan Basah :
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan minyak jagung / minyak masak
1/2 cawan cheddar cheese – diparut

Cara Membuat:

1. Ayak bahan kering tepung, baking powder, gula kastor dan garam. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk lain campur bahan basah telur, susu, dan minyak.

3. Pukul dengan hand whisk sekejap saja sekadar bercampur.Tak perlu hingga kembang.

4. Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke campuran tepung dan gaul rata. Tak payah gaul lama sangat sekadar bercampur saja.

5. Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga tercampur rata.

6. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin yang sudah diglis sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletak dalam papercup isi 3/4 penuh.

7. Tabur sedikit parutan cheddar cheese diatasnya kalau suka.

8. Panaskan oven 180 – 200C, bakar selama 20 – 25 minit atau hingga muffin masak.

Nota:

+ Muffin memang termasuk kuih yang padat dan agak keras. Membuat muffin, telur tidak perlu dipukul, cukup dipukul dengan hand whisk saja.

+ Suhu oven sebaiknya tinggi, 180 – 200 C. Panaskan oven dahulu selama 15 minit. Bila dah masukkan adunan muffin baru turunkan suhu oven.

Muffin Keju