Roti

Resepi Roti Manis Selembut Kapas

resepi-roti-manis-selembut-kapas

Dah lama tak buat roti.. Ni antara resepi roti manis yang Kak Cik buat. Tak guna tepung roti, tak guna pelembut roti & yang sewaktu dengannya. Cuma guna bahan-bahan apa yang ada kat dapur sahaja.

Resepi Roti Manis Selembut Kapas

Bahan-Bahan:

Bahan A –

100-125ml air suam
1 sb yeast
1 sb susu pekat
1 sb gula

Campurkan bahan ni sampai berbuih

Bahan B –

250gm tepung gandum/all purpose
Secubit garam
1 sb gula
1 sb susu tepung
1 sb water roux (1 sb tepung + 3/4 cawan air dimasak hingga agak pekat ambil 1 sb sahaja untuk masuk dalam adunan roti)
Sebiji telur

Bahan C –

30gm butter cair

Cara Buat:

1. Campurkan bahan A dan B uli sebentar, kemudian masukkan Bahan C. Uli, sampai menjadi dough yang elastik lebih kurang 15-20 minit. Kak cik guna tangan je menguli.

2. Kalau tangan melekat dough, amik sikit tepung sapu kat tangan dan sambung uli lagi sampai dough tak lekat kat bekas uli dan di tangan. Ulang-ulang langkah ni, tapi jangan sampai terlebih letak tepung nanti roti tak naik.

3. Siap uli, tutup dengan kitchen towel atau plastik wrap dan letakkan kat tempat yang sesuai. Kak Cik letak dekat heater untuk naikkan dough dalam setengah jam, tumbuk dough buang angin. Kemudian perap lagi setengah jam sampai naik dua kali ganda.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Roti Bai atau Hotdog Bun, Boleh Buat Roti John atau Makan Dengan Ais Krim

4. Setelah siap, dibahagikan doh 45gm nak buat bulat ke lonjong ke ikut suka hati kita. Masukkan dalam loyang bakar dan rehatkan lagi biar dough naik, lebih kurang dalam 10 minit. Sebelum bakar, spray air atau sapu telur atas dough dan tabur gula. Sapu butter dan gula lebih sedap.

5. Pastu bakar dengan suhu 180’degre lebih kurang 20 – 25 minit. Ikut lah oven masing ye, bakar sampai masak. Akhir sekali bakar jap guna api atas sahaja untuk dapatkan kaler kuning atas roti.

6. Lepas keluar dari oven kasi butter cair atas roti, biar dia kekal lembab dan lembut. Selamat mencuba!

Resepi Oleh: Amie Samuri