Kek

Resepi Red Truffle Brownies Oreo

resepi-red-truffle-brownies-oreo

Resepi Red Truffle Brownies Oreo

Bahan-Bahan:

2 biji Telor (gred A)
120g Butter
180g Gula kastor
2 sdk Esen vanila
50g Cocoa powder
Secubit Garam (optional)
1 sdk Cuka makan
200g Tepung gandum (ayak2kali)
1 sdk Baking powder
1 sdk pewarna merah

Cara Buat Red Brownies:

1. Panaskan oven pada suhu 150C. Alaskan loyang 8×8 inchi dengan baking paper dan lebihkan baking paper dibahagian tepi supaya mudah nak keluarkan brownies.

2. Pukul telur sampai berbuih. Dalam mangkuk lain, cairkan butter. Kemudian, masukkan gula castor, esen vanila, cocoa powder, garam, cuka dan pewarna. Kacau rata. Masukkan telur. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak (Kaup balik saja jangan overmix).

3. Tuang brownies dalam loyang. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Sejukkan sebelum layerkan dengan cookies.

Lapisan Cookies

Bahan dan Cara Buat:

20 kpg Biskut cream-o/oreo dikisar
2 sb Butter dicairkan

– Gaulkan sebati.

Lapisan Ganache

Bahan dan Cara Buat:

200g Dark choc + Milk choc
150ml Whip cream/heavy cream

1. Double boilkan cream, kemudian masukkan coklat. Kacau rata. Dan biarkan betul-betul sejuk dan pekat sebelum tuang ke atas layer cookies tadi (boleh buat awal, untuk kegunaan layer cookies).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Keju Mangga Dingin

2. Selepas tuang choc ganache, boleh tabur oreo yang telah dipotong dadu. Sejukkan seketika, kemudian boleh keluarkan dari loyang dan sedia dihidangkan.

Cara Melayer:

1. Didalam loyang yang sama (tak perlu keluarkan brownies), sapu nipis coklat (ganache) atas brownies yang dah sejuk. Tuang cookies tadi, dan ratakan dan tekan sedikit untuk padatkan. Simpan dalam chiller sekejap.

Resepi Oleh: Syara Fina