Mee

Resepi Mi Lain Dari Yang Lain, Mi Gulung

resepi-mi-gulung

Resepi Mi Gulung

Kuah (Untuk 2-3 orang makan)

Bahan-Bahan:

Mi kuning
Daun sup
Telur – 2 biji
Bawang besar setengah biji
ayam/daging/sotong/udang
Cili padi – 4 batang
Bawang merah – 3biji
Bawang putih – 2 biji
Sos tiram/sos seafood – 2 sudu besar
Sos ikan-1 sudu makan
Garam – 1 sudu kecil (tak letak pun takpa sebab sos ikan dah masin)
Air- 2 cawan
Tepung jagung- 1 sudu (bancuh air sikit untuk pekatkan kuah)
Stock daging (setengah cube, tak nak letak pun takpe)
Sayur (lobak merah/kubis [email protected]/cellery) – ikut selera masing nak banyak mana asakan makan sayur tu
Bawang goreng

Cara Buat:

1. Blend bawang merah, putih, cili padi. Panaskan kuali letak minyak masak sikit, tumiskan bahan blend.

2. Masukkan bahan mentah ayam/daging/udang/sotong. Dah naik bau bahan tumis tu, masukkan sos tiram atau sos seafood.

3. Masukkan air, sos ikan, dan garam. Masukkan sayur serta masukkan bancuhan tepung jagung, Siap!.

Cuba rasa ok ke tak? Kalau tak ok tambah la apa rasa yang tak cukup.

Bahan Mi Gulung

1. Basuh atau celur mi kuning.

2. Pecahkan sebiji telur pukul sekali dengan daun bawang (cincang) & bawang besar(potong dadu) agak-agak banyak mana nak.

3. Panaskan minyak sikit atas pan, bancuhan telur tadi buat macam telur dadar, susun mi memanjang kemudian gulungkan.

4. Dah siap, letak atas pinggan kemudian curahkan kuah, tabur sedikit bawang goreng. Siap!.

Resepi Oleh: Nadia Soulmo’s