Kuih Muih

Resepi Donut Milky Gebu

resepi-donut-milky-gebu

Resepi Donut Milky Gebu

Bahan-Bahan:

500g tepung high protien
1 pek mauripan (11g)
3 sb susu tepung
3 sb gula castor
50g marjerin (suhu bilik)
200ml susu segar (boleh gantikan dgn air suam)
50ml whipping cream
1 sudu besar shortening (saya guna k-fine)
1 sk Garam halus
1 bj telur

Cara-Cara:

1. Campurkan semua bahan ke dalam mixer. Mix sebati sehingga doh licin. Masa terpulang pada kekuatan mixer masing-masing. Saya mix selama 20 minit dengan kelajuan rendah ke sederhana.

2. Rehatkan doh selama 15 minit. Bila doh dah kembang, tumbuk-tumbuk buangkan angin. Uli sedikit. Kemudian tekap doh menggunakan acuan donut.

3. Rehatkan doh yang telah ditekap sehingga naik 2 kali ganda. Jangan terlalu kembang. Panaskan oven dan bakar donut pada suhu 170 selama 7 minit (Kaedah ni sama macam nak buat donut frozen) untuk matikan yis dan untuk mendapatkan permukaan donut yang licin.

4. Last sekali, goreng donut dengan minyak yang panas dan api perlahan. Terbalikkan donut 2 kali sahaja untuk dapatkan lingkaran putih keliling donut.

5. Untuk topping boleh salut dengan gula + susu tepung ATAU topping ala big apple.

Coklat Ganache –

Bahan-Bahan:

Cuba Resepi Ni:  Resepi Apam Solo Inti Kelapa

1cwn whipping cream
230g choclate berlys atau apa-apa coklat masakan
1 sb butter

Cara Buat:

1. Panaskan whipping cream hingga berasap naik macam wap-wap panas. Kemudian, masukkan coklat yang telah dipotong halus. Kalau pakai jenis coins lagi senang. Kacau sebati sehingga larut. Kemudian masukkan butter kacau sebati. Padamkan api.

2. Untuk hiasan, terpulang nak tabur coklat chips, kekacang, atau manik-manik ikut citarasa memasing.

Resepi Oleh: Sharifah Norshida Al Sagoff