Biskut

Resepi Cheezy Cracker

resepi-cheezy-cracker

Resepi yang simple, bahan yang senang dan semestinya sedap. Saya nak kongsi satu resepi yang selalu saya jual masa mula-mula start bisnes. Sangat laku kerass.

Resepi ni pada asalnya menggunakan mixer tapi pada yang tak de mixer boleh guna whisk je. Saya tak guna mixer sebab malas tapi make sure cream cheese keluar dari peti 30 minit awal atau betul-betul dah lembut. Boleh follow page saya Sweet Berries sekiranya resepi ni hilang. Okay, jom tengok resepi.

Resepi Cheezy Cracker

Bahan-Bahan:

250g cream cheese tatura
1/2 tin susu pekat manis
Susu cair
Nestum
Biskut Oreo (tumbuk kasar)
Sepeket biskut deluxe cracker original (brand Hup Seng)

Cara Membuat:

1. Pukul cream cheese hingga lembut (pastikan cream cheese keluar dari peti 30 minit awal atau betul-betul lembut).

2. Masukkan susu pekat dan pukul lagi hingga sebati dan creamy.

3. Masukkan susu cair dan pukul hingga sebati. Saya tak de sukatan susu cair, terpulang sama ada nak pekat ataucair. Saya buat cair supaya dapat banyak sikit adunan.

4. Sediakan bahan-bahan untuk lapisan. Sebelum itu, biskut oreo ditumbuk atau dipukul kasar.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Biskut Oreo Thins

5. Saya guna bekas sq250. Rendamkan biskut dalam susu segar sekejap. Kemudian, letak dalam bekas.

6. Curahkan adunan cheese ke atas biskut. Taburkan nestum di atas adunan cheese.

7. Ulang step no.5 hingga 3 lapisan. Akhir sekali, taburkan nestum diikuti dengan oreo seperti dalam gambar. Simpan di dalam peti.

Selamat Mencuba!

Resepi Oleh: Nur Najwa Hamdan