Mee

Resepi Bihun Goreng Siam Cili Padi

resepi-bihun-goreng-siam-cili-padi

Resepi Bihun Goreng Siam Cili Padi

Bahan-Bahan:

300gm bihun – direndam lebih kurang 1/2 – 1 jam
2 labu bawang besar – dikisar
4 ulas bawang putih – dikisar
15 batang cili padi – dikisar (kalau nak lebih pedas sila tambah cili padi)
3 sudu makan udang kering (rendam sebentar) – dikisar
15 ekor udang sederhana besar – dibuang misai dan ekornya yang tajam cuci bersih dan toskan
2 pohon sawi – dipotong
1 batang lobak merah di hiris batang mancis
1 sudu makan serbuk ayam pasti sedap knorr
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan gula
garam (ikut rasa)
1- 1 1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang diblender bawang, cili padi, udang kering hingga agak garing dan berbau wangi.

2. Masukkan air dan bahan-bahan perasa, biarkan mendidih sebentar. Bila dah mendidih masukkan lobak merah serta batang sawi, masukkan bihun dan balikkan hingga rata.

3. Perasakan dengan garam kalau kurang tambah sedikit lagi, balik-balikkan hingga bihun agak kering dan boleh matikan api.

3. Hidangkan dengan hiaskan bersama bawang goreng dan daun bawang/sup hiris dan tomato hiris.

Resepi Bihun Goreng Siam Cili Padi