Coklat, snek, Snek

Resepi Coklat Fudge Berkacang

resepi-coklat-fudge-berkacang

Resepi Coklat Fudge Berkacang

Bahan-Bahan:

4 sudu besar margerin/butter
2 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko van houten
1/2 tin susu pekat manis
2 cawan kacang tanah goreng tanpa minyak dan dibuang kulit. Tumbuk kasar.

Cara Membuat:

1. Panaskan margerin sampai cair. Masukkan gula. Masukkan susu pekat. Kacau sampai sebati. Kemudian masukkan koko.

2. Kacau sampai likat. Masukkan kacang tanah. Kacau selalu dengan api kecil sampai coklat tidak melekat. Ini penting supaya coklat benar-benar masak dan tidak hangus.

3. Tuang dalam tray yang disapu sedikit margerin dan tepung. Sejukkan dan potong. Tidak perlu masuk peti ais.

Resepi Oleh: DrNorwaliza Abdul Wahab – MAHN