Kuih Muih

Resepi Pulut Serunding Kelapa

resepi-pulut-serunding-kelapa

Assalamualaikum. Dah lama teringin nak makan pulut serunding ni. Harini, saya buat sikit. Selebihnya buat untuk fast sale & bagi kepada jiran terdekat. Saya guna resipi Kak Mariana_zainal, salah seorang peniaga makanan yang saya kenal di FB. Boleh dikatakan, hari-hari mesti nak tengok apa yang Kak Ana masak untuk jualan & makan sendiri. Kak Ana ni sangat rajin berkongsi resipi yang trusted & sedap. Anyway, serunding tu ada banyak lebih. Boleh frozenkan. Next time, nak buat cucur badak/pulut udang boleh guna lagi. Sedapnya. Pedas & manis rasa pulut serunding ni. Selamat mencuba.

Resepi Pulut Serunding Kelapa

Pulut Tanak

Bahan-Bahan:

3 cawan beras pulut
3 cawan air
1 1/2 sdb minyak masak
Secubit garam

Cara Penyediaan:

1. Cuci beras. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Tanak sampai pulut masak.

Nota:

– Boleh juga tanak pulut di atas dapur gas. Sila rujuk FB Pn. Mariana Zainal.
– Minyak digunakan supaya pulut lembut, berkilat & tidak berkerak.

Serunding Kelapa

Bahan-Bahan:

1 1/2 biji kelapa parut putih
2 sdb gula
1 sdt garam
1/4 cawan air asam jawa
4-5 helai daun limau purut (Jika suka)
1 cawan air (Jika perlu)

Bahan-Bahan (Kisar):

15 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sdb biji ketumbar
4 batang serai
4 sdb udang geragau kering
2 sdb jintan manis

Cara Penyediaan:

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bingka Labu Air Fryer

1. Kisar bahan kisar hingga halus.

2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar. Masukkan gula, garam air asam jawa dan daun limau purut. Tumis sampai betul-betul naik minyak dan garing.

3. Masukkan air dan kelapa parut. Masak dengan api perlahan sehingga serunding kering. Sesuaikan rasa mengikut citarasa masing-masing.

Cara Penyediaan Pulut Serunding

Cara Penyediaan:

1. Ambil sedikit pulut (Saya gunakan cawan metrik berukuran 1/4 cawan). Kepal & bulatkan.

2. Golekkan ke dalam serunding kelapa. Siap. Jika suka, taburkan lebih banyak serunding ketika menikmatinya.

Resepi Pulut Serunding Kelapa

 

Resepi Oleh: Noor Ashikin