Kuih Muih

Resepi Lempeng Tepung dan Lempeng Kelapa Bersama Sambal Hijau

resepi-lempeng-tepung-dan-lempeng-kelapa-bersama-sambal-hijau

Resepi Lempeng Tepung dan Lempeng Kelapa Bersama Sambal Hijau

Lempeng Tepung

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung gandum
2 dan 3/4 cawan air (kalo pekat boleh tambah air sikit-sikit)
2 biji telur
1/2 sdt baking powder
2 sdb minyak masak
1/2 sdt garam
Sedikit gula

Caranya:

1. Satukan semua bahan di atas, kacau guna whisk atau spatula. Rehatkan 5 minit sebelum di masak. Panaskan kuali tak melekat (non-stick pan).

2. Api sederhana perlahan. Ambik adunan 1 senduk, masukkan dalam kuali dan lenggangkan bagi nipis macam buat kuih ketayap. Bila dah masak bahagian bawah, terbalikkan dan biarkan betul-betul masak.

Lempeng Kelapa

Bahan-Bahan: (untuk 10-11 keping lempeng)

3 cawan tepung gandum
2 biji telur
5 sdb kelapa (kalo buh lebih pun boleh ja tapi lebihkan air sikit)
2 1/2 cawan air (kalo makin pekat bleh tambah air sikit-sikit)
1/2 sdt baking powder
Sedikit garam (agak-agak sendiri yer)

Caranya:

1. Satukan semua bahan di atas. Kacau guna whisk atau spatula, rehatkan 5 minit sebelum di masak. Panaskan kuali tak melekat (non-stick pan).

1. Api sederhana perlahan. Ambik adunan 1 senduk, masukkan dalam kuali dan lenggangkan bagi nipis macam buat kuih ketayap. Bila dah masak bahagian bawah terbalikkan dan biarkan betul-betul masak.

Sambal Hijau

Bahan-Bahan:

Ikan bilis secukupnya (goreng garing toskan)
2 sdb gula
2 sdb air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit bahan perasa jika suka

Bahan Kisar –

30-35 pcs cili padi
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
Sedikit belacan
2 sdb ikan bilis
2 senduk minyak masak

(kisar semua bahan ini)

Caranya:

1. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar (jangan tumis guna minyak yer, sebab kita dah masukkan minyak dalam bahan kisar tadi. Ini salah satu cara cili tak mercik merata). Tumis hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa, gula dan bahan perasa.

2. Masak hingga sambal betul-betul naik minyak dan berubah kaler. Sesuaikan rasa, tutup api. Masukkan ikan bilis yang digoreng garing tadi. Siap untuk dimakan dengan lempeng tadi.

Resepi Lempeng Tepung dan Lempeng Kelapa Bersama Sambal Hijau

Resepi Oleh: Mariana Zainal