Manisan, Masakan Thai

Resepi Pulut Mangga ala Thai

resepi-pulut-mangga-ala-thai

Resepi Pulut Mangga ala Thai

Bahan untuk Pulut:

2 1/2 cawan beras pulut yang direndam semalaman
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
3 sudu besar gula
3 helai daun pandan – lebih pun tak pe
Secubit garam

2 sudu besar bijan, disangai hingga garing keperangan
3 biji mangga manis

Cara Membuat:

1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pandan/daun pisang.

2. Bilas pulut yang direndam dan tapis. Masukkan ke dulang kukusan. Kukus hingga lembut, 20 minit, sudah lembut. Angkat.

3. Masukkan pulut dalam bekas lain, satukan santan pekat, santan cair, gula, dan garam. Kacau sebati.

4. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut, biarkan seketika supaya ia meresap ke dalam pulut. Kemudian, gemburkan pulut tadi dengan garfu, ketepikan.

Bahan untuk Kuah Santan:

2 cawan santan pekat
2 sudu kecil tepung jagung – bancuh dulu dengan sedikit air
1-2 helai daun pandan – simpulkan
Garam secukup rasa (supaya kuah rasa masin sedikit)

Cara Membuat:

1. Panaskan santan pekat dalam periuk. Masak dengan api sederhana.

2. Masukkan garam, daun pandan, dan bancuhan tepung jagung.

3. Sentiasa di kacau supaya santan tidak berketul, kuah tidak cair ye. Boleh agak-agak kepekatan dia.

4. Pastikan kuah rasa sedikit masin supaya dapat mengimbangi rasa manis mangga dan pulut. Angkat dan sejukkan.

5. Hidang bersama pulut, taburan bijan, dan mangga.

Resepi Oleh: Zura Zul