Ayam

Resepi Bubur Ayam Sedap

resepi-bubur-ayam-sedap

Bubur ayam paling sedap, memang selalu buat untuk anak-anak, peberet diorang. Sapa yang anak berat tak naik, boleh la cuba pelbagaikan menu untuk anak-anak kan. Mak pun tumpang la sekaki.

Resepi Bubur Ayam Sedap

Bahan-Bahan:

2 pot beras – masak dulu supaya bubur lagi cepat masak (kaksu guna beras wangi)
1 batang lobak merah – potong dadu
2 keping dada ayam – rebus dan carik (air rebusan ayam boleh guna masak nasi)
Kiub pati ayam tanpa MSG
Bawang putih – cincang halus
Lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa
1 inci halia – ketuk

Cara Memasak:

1. Mula-mula rebus beras atau nasi dengan halia dan kiub ayam smpai jadi bubur. Kalau air kering tambah la yer (Kaksu rebus ayam dulu, sebab nak ambik air rebusan ayam masak nasi).

2. Pastu masukkan carrot dan isi ayam. Isi ayam ni kalau suka boleh simpan sikit untuk tabur atas bubur masa nak makan tu.

3. Masukkan lada sulah, lada hitam (nak guna lada hitam tumbuk pun boleh) dan garam secukup rasa.

4. Panaskan minyak, goreng bawang putih cincang untuk buat minyak bawang putih. Goreng sampai garing sikit jer. Jangan hangit lak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Goreng ala Korea Krunchy Memang Rangup

5. Pastu tuang minyak bawang putih dalam periuk bubur. Kacau sebati. Siap untuk dinikmati.

6. Masa nak makan, boleh letak bawang goreng, daun bawnag, isi ayam, minyak bawang putih dan lada hitam, dan renjis minyak bijan (ni kena ada kalau nak sedap).

Kredit Resepi ini kepada Ana Mariana Ismail
Dicuba oleh kaksu