Puding

Resepi Puding Swiss Roll Paling Sedap

resepi-puding-swiss-roll-paling-sedap

Resepi Puding Swiss Roll Paling Sedap

Salam dan hi semua. Harini mr.ali nak share resepi yang super senang, super cepat tak perlu tunggu semalaman, 3-4 jam dah boleh makan tau.

Bahan-Bahan:

  • 900 ml air
  • 185 gram gula
  • 12 gram agar-agar tali/serbuk agar-agar
  • pewarna hijau
  • satu paket swiss roll (boleh beli di giant/lotus)
  • 135 gram susu full cream/susu cair

Cara Membuat:

1. Panaskan 900 ml air bersama-sama 12 gram agar-agar tali atau boleh pakai serbuk agar-agar dan 185 gram gula. Bila agar-agar dah terurai, gula dah larut and mendidih sila masukkan satu titik or dua titik pewarna hijau. Kacau hingga tiada ketul dan warna sebati.

2. Bila dah sebati off api. Tunggu dalam 2-3 minit. Masukan agar-agar tadi ke dalam bekas. Masukan dalam 2-3 senduk sahaja. Selepas tu masukkan swiss roll yang siap dipotong. Susun keliling dinding bekas. Seterusnya potong kecil kecil dan mampatkan biar ia jadi satu layer swiss roll.

Resepi Puding Swiss Roll Paling Sedap

3. Then masukan lagi agar-agar sedikit demi sedikit sampai agak agak dah menutupi lapisan swiss roll tadi. Masukan dalam peti atau chiller selama 10 minit bagi dia set.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Roti Pandan Kukus

4. Sementara itu lebihan agar-agar tadi on atas api balik dan masukkan 135 susu full cream atau boleh pakai susu cair. Kacau sebati. Dah sebati off api. Ketepikan dalam 4-5 minit.

5. Then tuang semula atas lapisan agar-agar yang telah diseujukkan tadi dan setkan 2-3 jam dalam peti sejuk. then boleh makan! Selamat mencuba.

Resepi Puding Swiss Roll Paling Sedap

Resepi Oleh: Muhammad Ali