
Sotong Goreng Rangup Bawang Putih Telur Masin
Hi Semua hari ini saya kongsikan resepi Sotong Goreng Rangup, Bawang Putih dengan Telur Masin Segera. Resepi yang ringkas dan sedap. Paling best dimakan ketika nasi putih panas-panas.
Bahan Perap:
- 300-350g Sotong
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil halia dan pes bawang putih
- 1/2 sudu kecil lada putih
- 1 sudu besar tepung jagung
- Garam secukup rasa
Perap dan simpan dalam peti sejuk selama 15-30 minit.
Bahan Salutan:
- 1 cawan tepung goreng (bestari)
Salutkan sotong dengan tepung dan letak dalam pinggan. Dalam kuali tuang minyak secukupnya dan goreng sotong hingga rangup dan ketepikan.
Bahan Untuk Tumis:
- 4 ulas Bawang putih- dihiris
- 4 biji cili api merah- dihiris
- 1 paket pes kuning telur masin segera (120g)
- 2-3 helai daun kari
- 2 sudu besar Mentega
- 1 sudu kecil minyak
Cara Membuat:
1. Dalam kuali masukkan minyak bersama mentega dan biarkan mentega cair. Masukkan bawang putih tumis seminit. Kemudian masukkan daun kari dan cili api.
2. Seterusnya, tumis semua bahan hingga naik wangi. Kemudian, masukkan pes telur masin. Tumis hingga berbuih dengan api sederhana.
3. Akhir sekali, masukkan sotong yang telah digoreng tadi dan kacau sebati. Siap sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Resepi Oleh: Rajeswarhy Murugan