Kek

Resepi Kek Swiss Roll

resepi-kek-swiss-roll

Resepi Kek Swiss Roll

Bahan-Bahan:

Bahan A –

5 kuning telur
50g minyak
50g susu segar
20g gula kastor
85g tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Bahan B –

5 biji putih telur
60g gula kastor
1 sudu teh cream of tartar

Cara Membuat:

1. Putar kuning telur dan gula hingga sebati. Masukkan minyak putar sebati.

2. Masukkan susu putar lagi. Masukkan tepung, gaul hingga sebati kemudian ketepikan.

3. Dalam mangkuk lain putar putih telur bersama cream of tartar hingga berbuih.

4. Masukkan gula, putar hingga kembang dan gebu (bila terbalikkan mangkuk adunan tak jatuh).

5. Ambil 1/3 cawan adunan putih telur, kemudian tuang ke dalam adunan kuning telur. Gaul sebati.

6. Kemudian tuang semua bahan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Gaul bahan hingga sebati dengan cara kaup balik.

7. Alas loyang dengan kertas minyak dan tuang adunan. Bakar 160’c selama 25 minit (ikut oven masing-masing).

8. Bila dah masak, biarkan sejuk seketika. Kemudian barulah disapu frosting dan gulung kek dengan rapi.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Lumut Kukus

Kek-Swiss-Roll