Cara Buat Jajan Legend Sagun Kelapa
Makan ni tak leh bercakap tau nanti tersemboq. Menggamit kenangan betul jajan legend ni, teringat mase kecik-kecik dulu mak buat dan saya tolong jual kat skolah 20 sen sebatang. Tiga hari lepas dah buat dah, semalam buat pulak layankan permintaan anak-anak. Sedap kata dia orang, haa makan la korang sampai tersemboq.
Bahan-Bahan:
- 1 biji kelapa parut putih
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cwn tepung pulut
- 3/4 cwn gula (kalau tak suka manis boleh kurangkan jadi 1/2 cawan)
- 1/2 sudu teh garam halus
- 1 helai daun pandan – di simpul
Cara Membuatnya:
1. Sangai kelapa (goreng tanpa minyak) hingga betul-betul kering dan sedikit kekuningan menggunakan api kecil. Sentiasa kacau. Angkat dan ketepikan.
2. Basuh kuali, pastikan kuali betul-betul kering. Sangai tepung beras dan tepung pulut bersama daun pandan. Kacau sentiasa di atas api kecil selama 10-15 minit.
3. Buang daun pandan dan campur dengan kelapa parut tadi. Kacau rata dalam 5 minit. Akhir sekali, masukkan gula dan garam. Kacau hingga semuanya sebati dalam 2-3 minit dan tutup api.
4. Sejukkan dulu, jika kelapa yang digunakan diparut kasar, kene blend sedikit. Yang saya ni kelapa diparut dah halus jadi tak payah diblend lagi.
5. Sudukan sagun ke dalam plastik aiskrim atau kertas sagun. Satu adunan ni dapat dalam 10 batang plastik aiskrim. Kalau nak banyak, gandakan sukatan ye.
Resepi Oleh: Nor Al Fatihah