
Resepi Puding Marie Trifle
Bahan-Bahan dan Cara Membuat:
Lapisan Bawah Biskut Marie:
Bahan-Bahan –
Biskut marie
10grm agar2 serbuk
1 ltr air
1 cwn gula
Cara Membuat –
1. Masukkan agar-agar dan air dalam periuk. Masak atas api sederhana. Kacau sebati.
2. Masukkan gula dan kacau sehingga mendidih. Matikan api. Susun biskut marie dalam acuan.
3. Tuang separuh adunan agar-agar dalam acuan biskut marie tadi. Ketepikan.
Lapisan Kastard:
Bahan-Bahan –
1/2 cwn tepung kastard
1/3 cwn gula pasir
1/2 cwn susu cair
2 cwn air
Cara Membuat –
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk.
2. Masak guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak berketul.
3. Masak sehingga likat dan kilat. Tutup api.
4. Tuang kastard atas agar-agar dan biskut marie tadi. Ketepikan.
Lapisan Coklat:
Bahan-Bahan –
Separuh adunan agar-agar tadi
1 sb serbuk koko
Cara Membuat –
1. Panaskan separuh lagi agar-agar tadi atas api sederhana.
2. Masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Matikan api.
3. Tuang adunan agar-agar koko atas kastard tadi.
4. Simpan dalam peti sejuk. Bila adunan dah sejuk bolehlah dikluarkan dari acuan.
Resepi Oleh: Azrina Ien dari FB Group MAHN