Roti

Resepi Cheese Bread

resepi-cheese-bread

Resepi Cheese Bread

Bahan-Bahan:

1 cwn air suam*
1 peket yis mauripan*
4 sd bsr gula*
2 sd bsr susu pekat*
2 sd bsr mentega
4 cwn tepung gandum
1 biji telur dipukul sedikit
Keju parut

Cara Membuat:

1. Cairkan mentega. Campurkan bahan yang bertanda (*) hingga kembang. Kemudian, masukkan telur dan kacau sebati.

2. Masukkan tepung dan mentega, uli sebati. Doh agak lembik tak perlu tambah tepung. Rehatkn doh hingga naik dalam 40 minit, tutup dengan kain lembab.

3. Lumurkan sedikit mentega dekat tapak tangan supaya tak melekat. Tumbuk doh yang sudah kembang tadi dan uli sekejap.

4. Bentuk doh bulat-bulat dan rehatkan doh hingga kembang dalam 25 minit. Sapukan mentega cair atas doh yang dah naik, serta tabur keju dan gula pasir.

5. Bakar selama 20 minit dengan suhu 160°c atau hingga masak. Keluarkan roti yang dah masak tadi, kemudian sapu lagi mentega supaya berkilat. Siap untuk dinikmati.

Resepi Oleh: Raja Zulaida Raja Kamal