Biskut

Resipi Biskut Kopi

resipi-biskut-kopi

Resipi Biskut Kopi

Bahan-Bahan:

180g mentega/marjerin
210 gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
2 sudu teh Nescafe/Indocafe
365g tepung naik sendiri

Cara Membuat:

1. Pukul mentega/marjerin dengan gula hingga gebu. Kemudian, masukkan kuning telur. Pukul lagi.

2. Masukkan esen vanila dan Nescafe/Indocafe. Gaul hingga semuanya sekata.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang boleh diterap. Agak-agak penggunaan tepung. Jika rasa doh biskut dah cantik dan lembut untuk diterap, tak perlu guna semua. Jika doh agak kering dan berderai, tambahkan sedikit mentaga/marjerin.

4. Gunakan rolling pin untuk leperkan doh. Terap menggunakan acuan kuih. Susun atas dulang pembakar yang telah dilengser.

5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 – 20 minit (Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu ye).

Resepi Oleh: Famf-tower