
Resepi Agar-Agar Permata
Bahan-Bahan & Cara Membuat:
Bahan A –
1/2 cawan agar-agar tali
2 1/2 cawan air
Gula secukupnya
Dua helai daun pandan diikat
Pewarna merah, hijau dan kuning
Cara Membuat:
1. Rebus air bersama 2 1/2 cawan air hingga hancur, masukkan juga daun pandan.
2. Setelah hancur, masukkan gula secukupnya. Tunggu hingga mendidih dan padamkan api.
3. Bahagikan agar-agar kepada 3 bahagian. Setiap bekas dimasukkan warna yang berlainan iaitu hijau, kuning dan merah. Tunggu hingga agar-agar keras.
4. Apabila keras, potong agar-agar berbentuk dadu kecil-kecil. Masukkan agar-agar yang dipotong ke dalam loyang. Langkah seterusnya ialah dengan memasak bahagian B pula.
Bahan B –
1 cawan agar-agar tali
5 cawan air
1/2 tin susu pekat
2 helai daun pandan diikat
Gula secukupnya
Cara Membuat –
1. Masak agar-agar bersama 5 cawan air hingga hancur. Masukkan juga daun pandan agar lebih wangi.
2. Setelah itu masukkan gula dan susu. Tunggu sehingga mendidih. Tutup api dan tuangkan agar-agar susu ke dalam bahan A iaitu agar-agar yang dipotong dadu.
3. Tunggu hingga agar-agar keras. Jika ingin agar-agar lebih cepat keras, masukkan ke dalam peti sejuk.
4. Bila dah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.