Puding

Resepi Puding Lapis Majerin Coklat

resepi-puding-lapis-majerin-coklat

Resepi Puding Lapis Majerin Coklat

Assalaamu’alaikum. Di penghujung tahun 2019 ini akak kongsikan resipi Puding Lapis Marjerin. Akak guna Marjerin Seri Pelangi yang mudah didapati dan rasa yang sedap. Marjerin ini bukan sahaja sesuai digunakan untuk memasak lauk, nasi, roti dan kek bahkan sangat enak bila dibuat puding.

Puding lapis marjerin ini bertekstur lembut dgn gabungan rasa lemak manis dan coklat yang enak. Selamat mencuba dan menyambut tahun 2020.

Bahan-Bahan:

Puding Marjerin –

  • 100 grm marjerin (akqk guna SERI PELANGI)
  • 1 bj telur
  • 50 ml krimer manis pekat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 100 grm tepung gandum serba guna
  • 7 grm serbuk agar-agar (putih)
  • 150 grm gula pasir
  • 700 ml air

Puding Coklat –

  • 7 grm serbuk agar-agar (putih atau coklat)
  • 150 grm gula pasir
  • 50 grm serbuk koko
  • 50 ml krimer manis pekat
  • 700 ml air
  • 1 sudu teh coklat emulco

Cara Buat:

1. Basahkan dengan air loyang acuan size 2 liter. Ketepikan.

2. Pukul marjerin hingga lembut kemudian masukkan telur, krimer manis dan esen vanila. Pukul sebati. Masukkan tepung gandum dan pukul lagi sekejap hingga sebati.

3. Didihkan air, gula pasir dan serbuk agar-agar. Perlahankan api kemudian masukkan adunan marjerin tadi. Kacau guna whisker hingga pekat. Angkat dan tuang ke dalam loyang acuan.

4. Biarkan puding marjerin pada suhu bilik hingga sedikit mengeras. Didihkan kesemua bahan-bahan puding coklat KECUALI coklat emulco.

5. Tutup api kemudian campurkan coklat emulco. Kacau adunan hingga hilang wap panas. Tuang ke atas puding marjerin perlahan-lahan menggunakan senduk.

6. Sejukkan hingga mengeras di dalam peti sejuk. Boleh dihidangkan. Selamat mencuba.

Resepi Puding Lapis Majerin Coklat

Resepi Oleh: Eka Zahra