Snek, snek

Resepi Popia Otak-Otak Tuna

resepi-popia-otak-otak-tuna

Resepi Popia Otak-Otak Tuna

Assalaamu’alaikum. Hari ni akak nak share resepi popia otak-otak tuna, boleh buat untuk minum petang nnti. Akak guna ikan tuna dalam tin sebab mudah dan sedap.

Bahan-Bahan:

  • 1 tin Tuna in Water (buang airnya kemudian ditumbuk hancur)
  • 1 sudu makan santan pekat
  • 1 bj telur ayam dipukul sedikit
  • 2 sudu makan tepung tapioka (tepung ubi kayu)
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya (saya guna Maggi Cukup Rasa)
  • Kulit popia

Bahan-Bahan Kisar:

  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 bj buah keras
  • 1/2 inci halia
  • 1 btng serai bahagian putih saja
  • 1 sudu teh rempah kari ikan
  • 2 sudu makan cili kisar (ikut tahap kepedasan)

Cara Membuat:

1. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing. Tutup api dan biarkan sejuk.

2. Campurkan tuna, bahan tumis, santan, tepung tapioka, telur, garam, gula, dan serbuk perasa. Gaul sebati.

3. Ambil sekeping kulit popia kemudian sudukan inti dan lipat (rujuk gambar). Oles bahagian hujung dengan bancuhan tepung gandum dan air sebagai pelekat.

Resepi Popia Otak-Otak Tuna

4. Goreng popia hingga garing kecoklatan. Angkat dan toskan atas tisu dapur. Popia Otak-otak Tuna siap dihidang.

Resepi Popia Otak-Otak Tuna

Resepi Oleh: Eka Zahra