Puding

Resepi Puding Laici Selasih

resepi-puding-laici-selasih

Resepi Puding Laici Selasih

Bahan-Bahan & Cara Membuat:

Bahan A –

20gm agar-agar bertali
3 cawan air
1 cawan gula

Cara Membuat –

1. Masak agar-agar bersama air hingga larut agar-agar. Masuk gula, Larutkan gula.

Bahan B –

1 tin laici
1 tin susu cair
5 sudu kecil selasih – Rendam sekejap
Pewarna pink/ikut suka

Cara Membuat:

1. Asingkan air laici dengan laici. Laici tu carik kecil-kecil. Air laici tadi sukatkan 2 cawan. Kalau tak cukup, tambahkan air.

2. Tuang air laici tadi dalam periuk agar-agar, kacau-kacau. Biarkan ia mendidih sekejap, perlahankan api.

3. Asingkan 3 cawan agar-agar air laici tadi, ketepikan. Sukatkan 2 cawan susu cair. Kalau kurang tambah air. Tuangkan dalam lebihan agar-agar dalam periuk, besarkan semula api.

4. Bubuh pewarna pink/warna atau ikut suka. Kacau-kacau dan masukkan selasih. Kacau-kacau sebatikan, biarkan mendidih sekejap dan tutup api.

5. Ambik 2 cawan agar-agar pink tuang dalam loyang 9×9 yang dibasah dengan air. Biarkan sederhana beku.

6. Agar-agar air laici tadi, kalau kurang panas kena panaskan sekejap, guna api slow. Tuang sikit atas agar-agar pink.

Cuba Resepi Ni:  Puding Biskut Tiramisu Cappuccino Sos Kastad

7. Kemudian, boleh susun laici dan ratakan laici keseluruhan loyang. Tuang perlahan-lahan agar-agar air laici sehingga habis.

8. Biarkan beku sekejap, baki agar-agar pink kalau kurang panas, panaskan sekejap atas api perlahan. Tuang perlahan-lahan atas agar-agar laici hingga habis. Biarkan beku/sejuk.

9. Simpan dalam peti sejuk. 3 jam kemudian, boleh keluarkan. Cungkil dengan lidi/sudu di tepi-tepi puding. Telangkupkan puding atas pinggan/talam yang rata.

10. Boleh potong puding ikut suka. Sila guna pisau yang tajam sikit, bagi memudahkan potongan agar buah laici tidak terkeluar dari potongan.

Resepi Oleh: Zura Zul dari FB Group MAHN