Manisan

Resepi Agar-Agar Santan Pandan

resepi-agar-agar-santan-pandan

Resepi Agar-Agar Santan Pandan

Bahan-Bahan:

1 peket agar-agar tali
2 cawan santan kelapa
Gula – ikut suka manis masing-masing
Secubit garam
5 cawan air
1 cawan air daun pandan
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau

Cara Memasak:

1. Masukkan air ke dalam periuk bersama-sama agar-agar dan masak hingga agar-agar cair sepenuhnya.

2. Tambah gula, sedikit garam dan air daun pandan dan pewarna hijau.

3. Semasa agar-agar masih mendidih, masukkan santan yang dipukul dengan telur. Kacau sebentar jangan sampai melimpah keluar periuk. Kacau sebati.

4. Masak sebentar dan bolehlah diangkat letak dalam acuan kegemaran anda. Biarkan sebentar.

5. Sejukkan dalam peti sejuk dan bolehlah dipotong. Hidangkan.

resepi-agar-agar-santan-pandan