Resepi Ketam Masak Lada Hitam

Resepi Ketam Masak Lada Hitam

Selesai je bertugas di pusat operasi tragedi Sungai Kim Kim, encik suami request nak makan ketam black pepper. Jadinya kita pun berketung ketang la kat dapur nak masak 3.5 kilogram ketam.

Haaaa banyak kan. Kenduri ketam ni. Jadinya kali ni KekMi share dengan korang resepi ketam lada hitam tanpa sukatan. Masak main campak campak je.

Orang kata yang campak campak tu la sedap kan. Hehehehe. Ok la kat bawah ni ada resepi dia yer.

Bahan-Bahannya:

  • Ketam
  • Bawang merah (dihiris nipis)
  • Bawang putih (dihiris nipis)
  • Daun kari (pilihan)
  • Halia (dihiris nipis)
  • Cili padi (dibelah 2)
  • Serai (diketuk)
  • Daun sup (hiasan)
  • Daun bawang (hiasan)
  • Tomato ceri (hiasan)
  • Sos tiram
  • Sos plum
  • Sos lada hitam
  • Kiub ayam
  • Serbuk perencah lada hitam
  • Lada hitam (ditumbuk)

Cara-Caranya:

1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili padi, daun kari dan serai. Tumis hingga naik bau atau agak garing.

2. Masukkan sedikit air. Kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, sos lada hitam, serbuk perencah lada hitam, dan sedikit lada hitam tumbuk. Agak-agak je tau. Ikut selera tekak nak pedas macam mana.

3. Masukkan garam dan tambah sedikit air supaya senang nak ratakan nanti masa masukkan ketam.

4. Bila dah agak didih, boleh masukkan ketam dan kacau rata supaya ketam tadi digaul bersama kuah lada hitam tu.

5. Biarkan sekejap sehingga kuah agak pekat. Setengah orang masukkan tepung jagung tapi KekMi tak suka masukkan sebab nak kan kuah tu cair.

6. Bila semua ketam dah bersalut dengan kuah tadi, dah agak masak boleh la diangkat. Dah siap dan boleh dihidangkan.

Itu jer resepi yang KekMi nak kongsi hari ni. Resepi masak campak campak.

Resepi Ketam Masak Lada Hitam

Resepi Oleh: Amy Anuar