Kek, Puding

Resepi Puding Kek Berlapis

resepi-puding-kek-berlapis

Resepi Puding Kek Berlapis

Bahan-Bahan:

300 gm Kek Coklat Lembab

Lapisan Tengah –

30 g tepung kastad
1 biji kuning telur
600 ml air
150 ml susu cair
100 g gula pasir
1 camb serbuk agar-agar
Sedikit pewarna kuning

Lapisan Atas –

30 gm tepung jagung
500 ml air
150 ml susu segar
50 g gula pasir
1 camb serbuk agar-agar
100 g coklat putih, dihiris

Cara Membuat:

1. Hiris nipis kek dan alas pada dasar loyang 22 cm.

2. Lapisan tengah: Larutkan tepung kastad, kuning telur dan sedikit air. Tuangkan ke dalam periuk.

3. Masukkan baki air, susu cair, gula, serbuk agar-agar dan pewarna kuning ke dalam periuk.

4. Kacau campuran puding di atas api sederhana hingga mendidih dan pekat.

5. Angkat dan tuangkan ke atas kek tadi.

6. Lapisan atas: Satukan semua bahan kecuali coklat putih. Kacau atas api perlahan hingga pekat.

7. Angkat dan campurkan coklat putih. Bila larut, tuangkan ke atas lapisan tengah.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Oreo

8. Biar sejuk kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam.

Puding Kek Berlapis

Resepi : Chef Norzailina Nordin.
Gambar: Chef Norzailina Nordin