Kek

Resepi Kek Coklat Kukus

resepi-kek-coklat-kukus

Resepi Kek Coklat Kukus

Bahan-Bahan :

Bahan A

  • 1 cawan serbuk koko | diayak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat

Bahan B (Diayak Bersama)

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C

  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur (suhu bilik)
  • Pembalut aluminium
  • Sedikit mentega

 

Cara Membuat :

1. Masukkan bahan A ke dalam periuk dan masak hingga sebati menggunakan api kecil. Padamkan api dan sejukkan.

2. Di dalam mangkuk berlainan, pecahkan telur dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A yang telah disejukkan tadi bersama esen vanilla. Kacau hingga sebati.

3. Masukkan bahan B dan gaul hingga sebati.

4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega. Hentakkan loyang perlahan-lahan agar adunan menjadi mampat.

5. Tutup permukaan loyang dengan menggunakan pembalut aluminium. Ia bertujuan untuk mengelakkan air daripada masuk ke dalam adunan.

6. Panaskan kukusan dan kukus kek selama selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana.

7. Angkat dan biarkan kek sejuk seketika. Sedia untuk dihidangkan.

kek-coklat-kukus