Manisan, Puding

Resepi Puding Buah-Buahan Berkastad

resepi-puding-buah-buahan-berkastad

Resepi Puding Buah-Buahan Berkastad

Bahan-Bahan:

Bahan untuk Puding –

1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir (guna 3/4 cawan)

Bahan Untuk Kuah –

1 tin susu cair
1 tin besar mix fruits cocktail
1 1/2 tin air masak
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila (optional)

Cara Membuat:

Buat Puding –

1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.

2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.

3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti).

4. Biarkan hingga sejuk sedikit kemudian simpan dalam peti sejuk.

Buat Kuah –

1. Campurkan semua bahan kedalam periuk.

2. Kacau sebentar dengan api yang kecil untuk melarutkan gula (tak perlu hingga mendidih).

3. Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk. Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.

+ Untuk menghidangkan, masukkan puding ke dalam mangkuk dan tuangkan kuahnya.

Puding Buah-Buahan Berkastad