Puding

Resepi Puding Cincau Lapis Jagung

resepi-puding-cincau-lapis-jagung

Resepi Puding Cincau Lapis Jagung

Bahan-Bahan:

Bahan A –

1 paket agar-agar serbuk (10gram )
3/4 cwn gula pasir
600ml air

Bahan B –

1 tin susu cair
1 sdb tepung jagung

+ Satukan semua bahan B dalam bekas dan kacau sebati

Bahan C –

1/ 2 cwn cincau yang telah disagat/parut
4- 5 sdb jagung krim dalam tin
1 sdt pewarna merah/pink
1 sdt pewarna kuning

Cara Membuat:

1. Masak bahan A hingga larut. Bila dah larut masukkan bahan B. Masak hingga mendidih baru tutup api.

2. Bahagi adunan kepada 2 bahagian (sebaiknya letak adunan dalam jag kecil). 1 bahagian letak warna merah/pink dan masukkan cincau. 1 bahagian lagi letak warna kuning dan masukkan jagung krim.

3. Masukkan lebih kurang 3 senduk adunan pink ke dalam loyang. Bekukan sekejap dalam peti sejuk. Bila dah agak beku, cakar-cakarkan sikit permukaan puding. Masukkan 3 senduk adunan warna kuning dan bekukan dalam peti sejuk.

4. Cakar-cakarkan sikit permukaan puding dan ulang hingga adunan habis. Lapisan terakhir sejukkan dalam peti sejuk bahagian bawah.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Umali Egyptian Bread Pudding

Resepi Oleh: Mariana Zainal