Nasi

Resepi Lontong Goreng

resepi-lontong-goreng

Resepi Lontong Goreng

Bahan-Bahan:

1 mangkuk nasi impit – dipotong dadu
25 biji cili kering – ikut suka kepedasannya
2 labu bawang merah – dikisar halus
4 ulas bawang putih
2 sudu udang kering
100 gm daging/ayam cincang
2 sudu rempah kari
2 biji telur
1 mangkuk kecil sayur campur
1 batang lobak merah – potong bulat jika suka
segenggam taugeh
kicap manis, kicap masin
garam, secukup rasa
daun sup, bawang goreng – untuk taburan diatasnya jika suka

Cara Membuat:

1. Tumis bahan yang dikisar dan rempah kari hingga benar-benar garing dan berbau wangi. Kemudian masukkan daging/ayam gaul hingga masak.

2. Masukkan lobak merah, kobis bunga & putik jagung. Masak sehingga lembut.Masukkan sayur campur dan digaul rata.

3. Masukkan nasi impit yang telah didadu gaul hingga sebati.

4. Masukkan kicap masin dan kicap manis (agak-agak 2-3 sudu.) gaul hingga rata.

5. Buat lubang ditengah, masukkan telur sambil sesekali dikacau telur supaya rata masaknya. Setelah masak gaul semuanya hingga rata.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Minyak Ayam Madu

6. Rasalah tahap masin, manisnya secukupnya dan akhir sekali tabur daun sup dan bawang goreng jika suka. Hidangkan.