
Resepi Puding Karamel Jagung Lapis Coklat
Bahan-Bahan:
Bahan A –
1 tin susu cair
5sb gula pasir
3 biji telor gred A
1st vanilla
1/2sb tepung gandum
1 cawan jagung cream (perasa jagung pun boleh)
pewarna kuning
Bahan B –
1tin susu cair
5sb gula pasir
3 biji telur gred A
4sb serbuk koko
1/2sb tepung gandum
Bahan C –
2sb gula – hanguskan dan campurkan 4sb air panas
boleh juga guna 2sb madu.
Cara Membuat:
1. Panaskan kukusan. Masukkan gula hangus dalam loyang atau dalam acuan pilihan.
2. Kacau bahan A kecuali jagung cream, tapis. Kemudian tambah jagung cream. Kacau bahan B kemudian tapis.
3. Ambil adunan A dalam 1/2 cawan atau beberapa sudu (ikut ketebalan layer yang kita suka) masuk dalam acuan, kukus selama 5 minit @ hingga masak.
4. Bila dah masak, tuang pula adunan B atas adunan A, kukus. Buat selang seli seperti diatas hingga adunan habis.
5. Sejukkan terlebih dahulu, baru dikeluarkan dari acuan. Hidangkan. And juga boleh cuba resepi puding susu laici.