Puding

Resepi Puding Cendol Gula Merah

resepi-puding-cendol-gula-merah

Resepi Puding Cendol Gula Merah

Alhamdulillah. Memang terasa nyaman tekak pabila makan sejuk-sejuk puding ni. Sedap, simple je buat puding cendol ni.

Bahan A:

  • 10g agar-agar tali
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 kotak Santan Kelapa 200ml
  • Sedikit garam
  • 500g cendol

Cara Buat:

1. Masak agar-agar dengan air hingga larut, masuk gula dan kacau rata. Dalam bekas lain, kacau rata tepung jagung, santan dan garam.

2. Tuang dalam agar-agar tadi, kacau-kacau kemudian masukkan cendol. Gaul-gaul sebati, kemudian tuang dalam loyang 8×8. Bekukan seketika.

Bahan B:

  • 10g agar-agar tali
  • 2 1/2 cawan air

+ Masak hingga larut agar-agar

  • 3/4 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan

+ Masak sampai mendidih

Cara Buat:

1. Tapiskan air gula merah dalam agar-agar tadi. Masuk sedikit garam dan gaul-gaul rata. Tuang guna senduk perlahan-lahan atas puding cendol tadi sehingga selesai.

2. Bekukan, simpan dalam peti sejuk. Keluarkan, boleh potong ikut suka dan sedia untuk dimakan.

Nota: Untuk lapisan gula merah, nak letak santan pun boleh. Kali ni akak buat tak letak santan.

Resepi Puding Cendol Gula Merah

Resepi Oleh: Dapur Kak Zura