Nasi

Cara Buat Set Nasi ala Kak Wok

cara-buat-set-nasi-ala-kak-wok

Cara Buat Set Nasi ala Kak Wok

Bahan Gulai Ayam:

  • 4 biji bawang bombay
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan rempah kerutub
  • Kacang panjang secukupnya – potong
  • Terung – potong kecil
  • Leher, kaki, kepak dan paha yam – potong kecil
  • Santan (jangan pekat sangat) – ikut jumlah ayam yang diguna.
  • Garam dan kiub pati ayam secukup rasa
  • 1 kerek manisan/gula melaka
  • 2-3 keping asam gelugur (RASA TAMBAH)

Cara Memasak:

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat dan tumis hingga wangi.

2. Satukan rempah kari dan kerutub. Bancuh dengan sedikit air hingga jadi pes. Kemudian gaul pada ayam dan perap seketika.

3. Seterusnya masukkan ayam ke dalam periuk berisi bahan tumis tadi. Masak hingga empuk.

4. Masukkan santan dan masak hingga mendidih serta kuah menjadi sedikit pekat.

5. Tambahkan terung, kacang panjang dan asam gelugur (jika suka).

6. Perasakan dengan garam, manisan serta kiub pati ayam dengan secukupnya. Kacau hingga sebati rasa. Angkat.

Cara Buat Set Nasi ala Kak Wok

Bahan Ayam Goreng Harum:

  • 1 ekor ayam – potong kecil
  • 2 sudu teh garam
  • 2 inci kunyit hidup – tumbuk lumat
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 3 tangkai daun kari

Cara Memasak:

1. Basuh bersih ayam dan lumurkan dengan bahan-bahan lain. Perap seketika.

2. Panaskan minyak masak dan goreng sampai sederhana garing. Angkat dan toskan minyaknya

Cara Buat Set Nasi ala Kak Wok

Bahan Sambal Belacan ala Kak Wok:

  • 4 biji cili kering – direbus
  • Cili padi – jumlah ikut pedas yang dikehendaki
  • 2 inci belacan
  • 1 biji bawang besar – dibakar
  • 1 labu bawang putih – dibakar
  • Gula, garam dan perasa secukupnya
  • Air asam jawa- anggaran 1/2 mangkuk
  • Limau kasturi secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Jangan terlalu halus nanti tidak sedap.

2. Tuang kisaran cili ke dalam bekas dan masukkan perahan limau kasturi hingga capai tahap masam yang sedap dengan citarasa.

3. Kulit limau kasturi yang dibuang. Hiris halus dan masukkan ke dalam sambal. Gaul rata. Sedia untuk dinikmati bersama nasi, ayam dan gulai.

+ Untuk Nasi, cuma dimasak dengan daun pandan.

Cara Buat Set Nasi ala Kak Wok

Resepi Oleh: Keroroyz Royz