
Resepi Agar-Agar Cendol Gula Merah
Bahan-Bahan:
Lapisan Bawah –
500 ml air
180 gm gula pasir
300 ml santan pekat
10 gm serbuk agar-agar
500 gm cendol (tapis & toskan airnya)
sedikit garam
Lapisan Atas –
500 ml air
200 gm gula merah/gula melaka
300 ml santan pekat
10 gm serbuk agar-agar
1 biji kuning telur
sedikit garam
Cara Membuat:
Lapisan Bawah –
1. Masakkan air, serbuk agar-agar dan gula hingga mendidih.
2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit. Masukkan cendol. Kacau sedikit.
3. Angkat dan tuang ke dalam acuan/loyang yang dibasahkan dengan air.
Lapisan Atas –
1. Masakkan gula merah dan sedikit air hingga gula larut. Tapiskan.
2. Masukkan air gula tadi dan air serta serbuk agar-agar,masakkan hingga mendidih.
3. Telur dipukul bersama santan,dan tuangkan santan tadi ke dalam adunan agar-agar.
4. Masukkan sedikit garam. Biarkan mendidih sekejap. Tuangkan ke atas lapisan bawah dengan berhati-hati.
5. Biarkan sejuk sebentar barulah disimpan dalam peti sejuk hingga beku.